Posted on Leave a comment

Adakah Perniagaan Saya Memerlukan Sistem Jualan?

Adakah Perniagaan Saya Memerlukan Sistem Jualan_ (7 Sebab Utama)

Sepanjang anda berniaga, pernahkah anda terfikir, “adakah perniagaan saya memerlukan sistem jualan?”. Banyak perniagaan pada masa kini menggunakan sistem jualan untuk menjalankan perniagaan mereka. Dan kesemua mereka menghadapi perkara-perkara yang akan saya senaraikan didalam artikel ini dan sebagai jalan penyelesaian. Mereka menggunakan teknologi yang sedia ada pada masa kini iaitu menggunakan sistem jualan berkomputer atau sistem POS bagi menggantikan kaedah lama yang menggunakan pengiraan manual, mesin juruwang ataupun cuma mengira pada akhir sesi perniagaan pada hari tersebut yang mana tidak effektif dan mempunyai banyak ruang untuk kehilangan wang dan stok barangan dan sekaligus menjurus kepada kemerosotan perniagaan mereka.

Jadi tanpa membuang masa, mari kita lihat sekiranya perniagaan anda berhadapan dengan perkara-perkara berikut. Sekiranya ya, maka perniagaan anda harus mempunyai sistem jualan atau sistem POS bagi memudahkan perniagaan anda.

Sebab Pertama – Stok barangan yang banyak

Sebab Pertama "Adakah Perniagaan Saya Memerlukan SIstem Jualan?" - Stok barangan yang banyak

Kedai anda merupakan kedai serbaneka atau kedai salon kecantikan ataupun kedai aksesori telefon yang menyimpan pelbagai jenis barangan. Setiap barangan walaupun hanya mempunyai kuantiti yang sedikit sekiranya disenaraikan secara manual akan menggunakan berlembar-lembar kertas. Bila keadaan ini berlaku, cara penyimpanan manual boleh digunakan tetapi ianya tidak mudah kerana stok anda akan sentiasa berubah-ubah apabila terdapa transaksi belian stok, transaksi jualan dan transaksi pemberian secara percuma.

Jadi cara paling mudah bagi mengurus stok sebanyak ini adalah dengan menggunakan sistem berkomputer seperti menggunakan perisian Excel. Tetapi perisian excel tidak mampu untuk mencatatkan transaksi keluar masuk stok secara automatik oleh yang demikian perisian yang lebih sesuai iaitu sistem POS seperti yang kami gunakan boleh digunakan dan amat membantu terutamanya sekiranya transaksi keluar masuk stok berlaku dengan pantas.

Sebab Kedua – Transaksi jualan yang tinggi

Sebab Kedua "Adakah Perniagaan Saya Memerlukan SIstem Jualan?" - Transaksi jualan yang tinggi

Transaksi jualan yang tinggi menandakan perniagaan anda mempunyai aliran tunai yang sangat sibuk. Bayangkan setiap hari kedai anda mempunyai lebih daripada 300 transaksi dan purata jualan adalah RM10. Daripada maklumat ini, boleh dianggarkan bahawa pendapatan harian anda adalah dalam lingkungan RM3000 sehari dan kekerapan transaksi bagi 10 jam perniagaan adalah 30 transaksi sejam atau pun 1 transaksi setiap 2 minit. Dalam situasi ini, sekiranya anda hanya menggunakan cara manual bagi mencatat segala transaksi jualan anda, adakah anda yakin yang anda mampu untuk mencatat segala transaksi jualan dengan betul?

Pada masa yang sama sekiranya anda juga menguruskan keluar masuk stok, adakah anda mampu untuk membuat segala kerja-kerja tersebut? Mungkin boleh sekiranya anda mempunyai seorang pembantu yang cekap dalam urusan keluar masuk stok dan boleh membantu anda sepanjang masa anda dikedai. Tetapi, pembantu yang cekap adalah amat sukar untuk didapati kerana lumrah manusia, tidak ada yang sempurna di dunia. Maka satu cara penyelesaian bagi perkara ini adalah dengan beralih kepada sistem jualan seperti yang kami gunakan yang mana boleh mencatatkan segala transaksi jualan dan juga keluar masuk stok barangan. Dengan sistem ini, anda akan mempunyai seorang pembantu yang setia dan akan sentiasa bersedia menemani anda dalam perjuangan anda bagi menjayakan perniagaan. Malahan, kos bagi mendapatkan sistem jualan adalah jauh lebih murah. 

Sebab Ketiga – Anda mempunyai bisnes lain

Sebab Ketiga "Adakah Perniagaan Saya Memerlukan SIstem Jualan?" - Anda mempunyai bisnes lain

Salah satu faktor kejayaan seseorang adalah dengan mempunyai beberapa punca pendapatan dan saya percaya anda juga adalah seorang yang berjaya serta mempunyai punca pendapatan yang lain. Tetapi itu cuma merupakan faktor yang kecil. Faktor terbesar dalam kejayaan sesuatu perniagaan adalah pengurusan yang berkesan. Dalam keadaan anda mempunyai perniagaan di beberapa tempat dan beberapa orang pekerja yang menguruskan perniagaan anda, cara paling mudah untuk anda menguruskan kedai anda adalah dengan mempunyai sistem jualan POS.

Sistem jualan POS yang anda perlukan adalah mampu untuk mencatatkan segala transaksi jualan, pergerakan stok, kehadiran pekerja, pengurusan tax, membuat laporan perniagaan dan lain-lain lagi. Dengan sistem jualan POS ini, anda akan dapat menguruskan perniagaan anda dengan lebih mudah kerana anda dapat melihat ringkasan transaksi harian melalui laporan-laporan transaksi jualan dan keluar masuk stok yang disediakan oleh sistem jualan POS.

Daripada laporan-laporan yang dikeluarkan oleh sistem jualan POS ini, anda akan dapat menganalisa maklumat-maklumat daripada perniagaan anda seperti mengetahui produk-produk yang terkenal, mengetahui masa kemuncak perniagaan anda, mengetahui kekurangan stok, mengetahui stok beku anda, dan lain lain lagi. Dengan maklumat ini, anda akan mampu untuk mengenalpasti langkah seterusnya yang anda perlu ambil bagi memastikan perniagaan anda sentiasa berada di landasan perniagaan yang betul.

Sebab Keempat – Anda bekerja dan jarang berada dikedai

Sebab Keempat "Adakah Perniagaan Saya Memerlukan SIstem Jualan?" - Anda bekerja dan jarang berada dikedai

Tidak kira sekiranya anda mempunyai perniagaan lain ataupun anda jarang berada di premis perniagaan anda, jika anda tidak mampu untuk meluangkan masa untuk menjaga perniagaan anda, adalah amat penting sekali bagi anda untuk mempunyai sistem yang mampu mencatatkan segala transaksi yang berlaku dikedai anda.

Ketiadaan anda untuk berada di premis perniagaan anda akan menimbulkan kelemahan dan risiko perniagaan yang paling besar. Sekiranya ini berlaku, kemungkinan untuk perniagaan anda mengalami kerugian adalah sangat besar. Oleh itu bagi mengatasi masalah ini dan mengurangkan risiko yang timbul, adalah amat berpatutan sekiranya anda membuat sedikit pelaburan untuk membeli sistem jualan POS seperti yang kami sediakan ini.

Dengan adanya sistem jualan berkomputer ini transaksi perniagaan dapat dicatat dengan lebih teratur dan segala kerja pengurusan anda dapat dikurangkan. Anda juga boleh mengenal pasti segala transaksi yang tidak masuk akal dalam perniagaan anda dan sekiranya sistem jualan berkomputer ini digabungkan dengan sistem kawalan kamera litar (CCTV) anda boleh memastikan pekerja anda menjalankan kerja dengan betul.

Sebab Kelima – Anda memerlukan laporan ringkas mengenai perniagaan anda

Sebab Kelima "Adakah Perniagaan Saya Memerlukan SIstem Jualan?" - Anda memerlukan laporan ringkas mengenai perniagaan anda

Laporan-laporan perniagaan adalah rumit terutamanya sekiranya ianya dicatat secara manual. Dengan sistem jualan POS, segala laporan jualan dicatat dan diringkaskan mengikut jenis sistem jualan POS yang anda gunakan. Sekiranya anda menggunakan sistem jualan POS kami, laporan jualan anda akan diringkaskan kepada pendapatan harian, transaksi harian, jualan barangan mengikut kategori, jualan barangan mengikut jenis, laporan keuntungan dan laporan-laporan lain mengikut harian, mingguan, bulanan dan tahunan.

Dengan laporan-laporan ini, kerja anda diringkaskan dan anda boleh membuat pengunjuran perniagaan mengikut keperluan perniagaan anda dan ini akan memudahkan pengurusan harian kedai anda.

Sebab Keenam – Anda tersekat untuk berada di kedai sepanjang masa

Sebab Keenam "Adakah Perniagaan Saya Memerlukan SIstem Jualan?" - Anda tersekat untuk berada di kedai sepanjang masa

Banyak peniaga ataupun kawan-kawan anda yang baru mula berniaga berkata selepas mereka menjalankan perniagaan kehidupan mereka menjadi semakin senang. Tapi ini tidak 100% betul kerana (sekiranya anda perasaan) kebanyakan peniaga-peniaga tidak mempunyai masa untuk berada diluar menjalankan aktiviti-aktiviti mereka sekiranya tidak ada ahli keluarga yang membantu menjaga perniagaan mereka. Kebanyakkan orang selepas menjadi seorang peniaga, akan berada di premis perniagaan dari pagi sehingga ke malam hari dan masa untuk menjalankan segala aktiviti lain adalah sangat terhad.

Apabila saya memulakan perniagaan pada masa dahulu, saya juga mengalami perkara yang sama kerana pada masa tersebut saya tidak meggunakan sebarang sistem jualan POS untuk menjaga perniagaan saya. Tetapi selepas memasang sistem jualan POS, saya mula mempunyai masa untuk melakukan perkara-perkara lain seperti mengurus perniagaan saya yang lain, beriadah dan meluangkan masa dengan keluarga. 

Oleh itu, sekiranya anda mengalami perkara yang sama, adalah lebih baik bagi anda untuk mempunyai sistem jualan berkomputer. Dengan sistem ini, anda boleh mengambil seseorang untuk bekerja dengan anda sebagai juruwang di kedai anda. Juruwang ini akan mengambil alih tugas bagi mencatat segala transaksi di kedai anda. Dan pada akhir perniagaan pada hari tersebut, anda akan melihat laporan transaksi jualan harian dan mengambil duit jualan untuk di simpan di dalam bank perniagaan anda.

Apabila anda sudah mempunyai seorang juruwang, anda boleh meninggalkan perniagaan anda dan menumpukan perkara-perkara lain contohnya perniagaan lain, keluarga, riadah dan lain-lain.

Sebab Ketujuh – Perniagaan anda mula merosot

Sebab Ketujuh "Adakah Perniagaan Saya Memerlukan SIstem Jualan?" - Perniagaan anda mula merosot

Punca terbesar sesuatu perniagaan merosot adalah kerana anda tidak tahu prestasi sebenar perniagaan anda yang mana disebabkan oleh pengurusan perniagaan yang tidak betul. Cara termudah untuk menguruskan perniagaan selain daripada pengurusan lokasi dan promosi adalah dengan mencatat segala transaksi jualan, transaksi keluar masuk stok dan mempunyai laporan keuntungan yang mana dapat disediakan oleh sistem jualan POS.

Apabila anda mempunyai sistem jualan POS, anda akan  dapat melihat segala pergerakan tunai dan stok anda. Dengan mengetahui pergerakan tunai anda, anda akan dapat memanipulasi tunai yang ada untuk pembelian stok, pengurusan kos dan lain-lain lagi. Selain daripada itu sekiranya bijak dalam pengurusan perniagaan anda dapat meningkatkan penjimatan di dalam perniagaan yang mana membantu mengurangkan kos operasi perniagaan anda.

Dari segi pengurusan stok pula, anda dapat mengenal pasti produk-produk yang perlu di tambah stok dengan lebih mudah dan lebih cepat. Seperti mana-mana perniagaan, stok memainkan peranan yang penting bagi memastikan pelanggan terus mendapat produk yang mereka inginkan. Kelemahan dalam pengurusan stok akan membuatkan kepuasan pelanggan anda akan berkurang dan sekiranya berterusan pelanggan akan hilang kepercayaan kepada perniagaan anda dan mula mencari alternatif lain untuk mendapatkan produk yang mereka inginkan. 

Selain daripada itu anda juga boleh mengenalpasti produk-produk yang popular dan menumpukan penjualan untuk produk-produk tersebut bagi membantu perniagaan anda untuk menjadi lebih baik.

Jadi dengan adanya sistem jualan POS didalam perniagaan anda, anda akan mampu untuk melihat dimana tahap perniagaan anda. Dengan analisa dan pengurusan yang betul, anda dengan mudah dapat mengetahui cara bagi memperbaiki perniagaan anda dan mengelakkan perniagaan anda daripada terus merosot. Tetapi walauapapun, kemerosotan perniagaan juga dipengaruhi oleh perkara-perkara lain seperti promosi, lokasi perniagaan, layanan terhadapa pelanggan, kualiti barangan dan lain lain lagi. Sistem jualan POS akan berupaya untuk membantu anda untuk mengetahui dimana kedudukan perniagaan anda tetapi sekiranya perkara-perkara lain tidak di perbaiki, adalah amat susah bagi anda untuk meningkatkan perniagaan anda.

Adakah Perniagaan Saya Memerlukan Sistem Jualan?

Oleh itu sekiranya anda mengalami perkara-perkara diatas, sudah tiba masanya untuk anda membuat perubahan terhadap perniagaan anda dengan melabur sistem jualan POS seperti yang kami sediakan. Sistem jualan POS kami dikenali sebagai sistem oPOS dan boleh membantu anda dalam banyak perkara didalam mengurus perniagaan anda terutama dari segi kawalan transaksi tunai, kawalan keluar masuk stok, laporan perniagaan dan lain lain lagi. Sistem oPOS ini amat mudah digunakan dan amat berkesan untuk pengurusan perniagaan.

Kami menyediakan perkhidmatan pemasangan sistem oPOS untuk anda dan juga bantuan operasi untuk sistem oPOS dan perkhidmatan-perkhidmatan lain. Pelaburan yang bakal anda lakukan terhadap sistem ini tidak tinggi tanpa sebarang fi-fi tersembunyi.

Posted on Leave a comment

Perniagaan-Perniagaan Yang Menggunakan Sistem POS

Sistem POS kami digunakan secara meluas di 150 negara. Dengan lebih daripada 1 Juta muat turun dan pemasangan di seluruh dunia, Sistem POS Unicenta oPOS merupakan sistem yang meluas digunakan oleh pelbagai jenis perniagaan.

Perniagaan-perniagaan yang menggunakan sistem POS Unicenta oPOS adalah;

  1. Kedai runcit
  2. Pasar raya kecil
  3. Pasar raya
  4. Kedai Makan
  5. Restoran
  6. Salon Kecantikan
  7. Kedai Basikal
  8. Kedai Motor
  9. Kedai Kereta
  10. Kedai Hardware
  11. Kedai Part Kereta
  12. Pasar
  13. Kedai Handphone
  14. Kedai elektronik
  15. Kedai aksesori
  16. Kedai Alat Solek
  17. Kedai dalam Kedai / Kedai Box / Kedai Vendor
  18. Kedai Borong
  19. Kedai Jalanan
  20. Booth
  21. Spa
  22. Pusat Urut
  23. Butik Pakaian
  24. Kedai Bundle
  25. Kedai Lelong
  26. Kedai Barangan Terpakai
  27. Kedai Kasut
  28. Trak Makanan
  29. Bar
  30. Kafe
  31. Hotel
  32. Motel
  33. Rumah Penginapan
  34. Homestay
  35. Pusat Karaoke
  36. Kelab Malam
  37. Kelab Disko
  38. Konsert
  39. Muzium
  40. Pesta
  41. Tempat-tempat Perlancongan
  42. Pusat Rekreasi dan Hiburan Keluarga
  43. Kolej
  44. Universiti
  45. Sekolah
  46. Kedai Buku
  47. Gym
  48. Kedai Dobi
  49. Pusat Perjudian
  50. Pusat sukan
  51. Penyewaan Kenderaan
  52. Dan banyak lagi..

Sistem POS Unicenta oPOS digunakan secara meluas di perniagaan-perniagaan yang berkonsepkan peruncitan, perkhidmatan dan penjualan tiket dalam sektor perlancongan dan hiburan. Yang mana bagi sektor peruncitan dan perkhidmatan sistem POS Unicenta oPOS ini berupaya untuk mencatat segala transaksi jualan, mencatat keluar masuk stok, membuat laporan jualan, laporan stok dan laporan-laporan lain dan juga mencetak resit pembelian barangan ataupun perkhidmatan. Bagi sektor perlancongan dan hiburan pula, melalui modifikasi yang dibuat pada pencetakan resit, sistem ini boleh berfungsi sebagai tiket kemasukan ke dalam pusat perlancongan ataupun pusat hiburan seperti panggung wayang dan sebagainya.

Sistem ini dibina bagi memudahkan transaksi dijalankan oleh para peniaga. Peniaga-peniaga dapat menggunakan sistem ini bersesuaian dengan jenis perniagaan yang mereka jalankan. Sistem ini juga adalah ringan dan boleh dipasang di dalam Peranti Tablet Windows yang mana ianya boleh dibawa ke mana sahaja seperti ke booth-booth atau kedai-kedai pop-up.

Posted on Leave a comment

Apa Maksud POS

Tahukah anda dalam perniagaan terdapat sistem perniagaan yang sering digunakan oleh peniaga bagi meguruskan perniagaan mereka? Sistem perniagaan ini adalah di panggil sebagai Sistem POS yang mana berfungsi untuk memudahkan para peniaga bagi menjalankan perniagaan mereka dengan mencatat segala transaksi jualan dalam perniagaan dan lain-lain lagi yang akan saya terangkan didalam blog ini.

Jadi apa maksud POS seperti yang sering dipanggil oleh peniaga alaf ke-21 ini? Maksud POS adalah Point Of Sales atau sekiranya di terjemahkan ke dalam bahasa Malaysia akan menjadi titik jualan ataupun dalam ayat lengkap sistem titik jualan atau diringkaskan kepada sistem jualan. Sistem jualan atau sistem POS merupakan perisian komputer yang meluas digunakan oleh kedai-kedai runcit, restoran/kedai kopi, kedai dobi, kedai gunting rambut, kedai serbaneka, panggung wayang, kedai sukan, kedai kasut dan banyak jenis perniagaan lain.

Sistem jualan ini berfungsi untuk mencatatkan segala transaksi didalam perniagaan dan bergantung kepada jenis sistem, terdapat sistem jualan yang mempunyai pengurusan stok dan inventori seperti sistem yang kami gunakan ini. Selain daripada mencatat segala transaksi didalam perniagaan dan pengurusan inventori, sistem jualan juga berupaya untuk menghasilkan laporan jualan dan laporan stok untuk pengguna sistem. Laporan jualan dan laporan stok ini merupakan antara laporan yang terpenting didalam menjalankan perniagaan yang mana laporan-laporan ini akan membolehkan peniaga melihat dan mengukur prestasi jualan didalam perniagaan. Tanpa laporan-laporan ini, peniaga tidak dapat untuk melihat dimana mereka berada didalam perniagaan mereka dan adakah perniagaan mereka dalam laluan keuntungan yang sepatutnya ataupun tidak.

Jadi secara ringkasnya Sistem POS atau sistem jualan merupakan perisian komputer yang berupaya membantu peniaga menjalankan perniagaan mereka agar segala transaksi dapat dipantau dengan mudah.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai sistem POS, anda bolehlah terus berhubung dengan kami. Kami menyediakan perkhidmatan pemasangan sistem POS di seluruh Malaysia. Pemasangan boleh dibuat secara dalam talian yang mana lebih menjimatkan kos atau kami akan terus pergi ke tempat anda bagi melalukan pemasangan. Segala perkhidmatan untuk pemasangan sistem POS boleh dilihat di online shop kami (anda boleh menekan tab shop diatas artikel ini). Anda juga boleh mendapatkan khidmat support kami melalui online shop kami.